Sunday, June 1, 2008

Lukisan Pensel

Ini tutorial yang ketiga. kadang2 kita teringin nak melukis menggunakan tangan, bukannya guna photoshop. tapi, bagi orang yang takde natural talent macam aku, susah sikit la nak lukis by hand. tapi takpe, dengan menggunakan photoshop, kita boleh buat lukisan seolah-olah ia dilukis menggunakan pensil. dan ianya sangat mudah!


Langkah 1:
Open mana-mana gambar yang disukai dalam Photoshop



Langkah 2:
Pada menu bar, klik pada Layer>New Adjustment Layer>Hue/Saturation dan klik OK. tukarkan saturation menjadi -100.


Langkah 3:
Duplicate layer yang pertama dan tekan Ctrl+'I' untuk menterbalikkan warna pada layer copy tadi.


Langkah 4:
Tukarkan blending option untuk layer copy kepada Linear Dodge. Kalau masa ni, gambar pada canvas menjadi putih sepenuhnya, maknanya langkah2 yang diikut dari tadi adalah betul. kalau tak jadik putih, ada la yang tak kena, dan sila ulang semula dari awal.


Langkah 5:
Pada menu bar, klik pada Filter>Blur>Gaussian Blur dan pilih nilai yang sesuai sehingga gambar kelihatan macam dilukis dengan pensil. nilai gaussian blur adalah berbeza untuk gambar yang berlainan.


Langkah 6:
Select semua layer, right-click dan pilih Merge Layers


Langkah 7:
Secara kasar, gambar lukisan pensil kita, atau pencilling, sudahpun siap. untuk touch-up, sila gunakan smudge tool dan gunakan nilai opacity yang rendah. tenyehlah sampai puas hati.



SELAMAT MENCUBA!

1 comment:

Anonymous said...

nape xjadi...huhuhu